Rahsia Iluminati
Dalam
sekuel filem ke tujuh yang juga merupakan siri penamat kepada
pengembaraan ahli sihir remaja ini, Harry Potter terpaksa berdepan
dengan cabaran terbaru apabila dia harus mengumpulkan kesemua Horcrux
yang mengandungi nyawa Lord Voldermort, sebelum berupaya
menghapuskannya.
Memang sukar bagi Harry kerana dia
sendiri tidak tahu di manakah benda itu berada serta bagaimana mahu
melakukannya. Namun itulah misi yang harus dilakukannya dalam siri ini.
Sesudah
13 tahun sejak buku pertama dilancarkan dan sedekad selepas kemunculan
filem pertamanya, Harry, Hermione Granger (Emma Watson) dan Ron Weasley
(Rupert Grint) masih berada dalam lingkungan dunia sihir mereka. Tetapi
kali ini lebih lebih jelas matlamat dan arah tuju mereka, malahan,
ketiga-tiganya kini semakin hampir untuk bertarung dengan musuh tradisi,
Voldermort (Ralph Fiennes).
Demikianlah sedikit ulasan
mengenai filem Harry Potter and the Deathly Hallows part 1 yang baru
ditayang sejak beberapa minggu lalu. Namun apa yang ingin saya ulaskan
secara ringkas kali ini adalah mengenai '
mesej separa sedar' yang cuba disampaikan oleh 'tangan-tangan ghaib' melalui filem blockbuster ini.
Di
alam maya, banyak forum atau blog-blog Inggeris yang sibuk
membincangkan tentang satu simbol yang diterjemahkan melalui filem Harry
Potter. Bagi mereka, simbol tersebut agak pelik. Apa tidaknya, dalam
banyak-banyak simbol, segitiga yang mempunyai garisan di tengah dan
bulatan yang menjadi pilihan pihak produksi. Selain itu, rata-rata
mereka ini menyamakan simbol tersebut dengan simbol pertubuhan rahsia
Yahudi yakni Illuminati. Simbol tersebut (segitiga) disampaikan melalui
watak yang dipegang oleh aktor Rhys Ifans (Xenophilius Lovegood).
Jika
dilihat pada simbol diatas, ia hampir menyerupai simbol Illuminati yang
seperti mana kita tahu boleh dilihat dibelakang wang kertas dollar
Amerika. Simbol segitiga sememangnya boleh dilihat dengan jelas oleh
penonton. Walau bagaimanapun, apabila diteliti terdapat perbezaan pada
bahagian tengahnya. Lihat gambar dibawah.
Inilah simbol Illuminati. Sekarang, perhatikan gambar dibawah..
Garisan merah ini telah membentuk satu simbol yang wujud didalam filem ini
Ia
sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk memikirkannya (perbezaan kecil
pada kedua-dua simbol). Seperti yang kita tahu, Illuminati dan lain-lain
pertubuhan rahsia Yahudi gemar bermain dengan simbol-simbol. Mereka
juga gemar menyampaikan 'mesej separa sedar' kepada umat manusia lainnya
sebagai salah satu kegiatan dakwah mereka bagi mencapai hasrat utama
mereka yakni New World Order yang mana akan membuatkan seluruh dunia
akan 'tunduk pada hasrat mereka'
Secara ringkasnya, simbol
tersebut telah diterjemahkan oleh pengarah ke dalam hasil karya JK
Rowling melalui sebuah filem yang menjadi santapan seisi keluarga. Ibu
bapa termasuk anak-anak ramai yang menonton filem ini. Bagi mengelakkan
'mesej separa sedar' mereka menjadi perbincangan hangat dikalangan
masyarakat, pihak produksi telah mengambil keputusan untuk mengubah
'reka bentuk' dibahagian tengah simbol Illuminati itu. Jika dilihat
dengan teliti, filem Harry Potter kali ini nampaknya agak 'gelap'
sedikit berbanding filem-filem terdahulu . Jika anda ingin mengetahui
jawapannya, bukalah mata (hati) anda dan gerakkan minda anda untuk cuba
memahami semua 'tipu daya (konspirasi)' syaitan di akhir zaman ini.
Berikut adalah lain-lain gambar yang boleh kita perhatikan secara mendalam isi tersiratnya:
Satu adegan didalam pejabatnya, apakah yang sedang dilihat oleh Dumbledore?
Azkaban Prison
Salah satu babak dalam Harry Potter and the Sorcerer's Stone. Lihat dalam bulatan!
Simbol
Satanic pada gaya rambut Harry Potter
Lihat pada 'hujung' huruf 'P' dan bandingkan dengan gambar diatas
Agaknya apakah yang dipegang oleh Daniel Radcliffe dalam filem pertama Harry Potter ini?
sumber:
http://aku-macjay.blogspot.com/2010/12/agenda-illuminati-dalam-harry-potter.ht